Posted by: unicorn | April 15, 2008

Aku dan HDR

Yup, mungkin aku antara mereka2 yg terlewat mengenali dunia HDR ini.. ada lagi yg antara kalian yg belum mengetahui apa itu HDR? sila ke sini. satu teknik memanupulasi gambar dlm bentuk dinamik range yg bebeza exposures(gelap dan cerah) ..mula berjinak2 utk mempelajari HDR apabila terbaca diblog rakan2 bloger dlm entrynya dan di fotopages malaysia.

utk mereka2 yg masih lagi mencari tool yg sesuai, aku cadangkan guna plugin tonemapping ni utk Photoshop anda..

sila download tonemapping plugin di web rasminya, dan download hadiah yg tak seberapa dari aku ni…

crack tonemapping

utk percubaan dari aku, sekadar mencuba beberapa teknik HDR dgn bantuan google , CS2 dan tools HDR, aku paparkan disini utk tatapan umum..

sebelum

selepas

sebelum

selepas

sebelum

selepas

Posted by: unicorn | April 4, 2008

Hati-hati, jgn sampai terbeli!

satu lagi jenis gula-gula haram yg dijual dipasaran…..

tlg sebarkan!! 

3

2

1

Posted by: unicorn | Mac 18, 2008

Suami Mithali…

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab
eklusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba
kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki
menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . “
Hello?
“Abang, nie sayang nie,”
“emmm . . “
“Abang masih ada di kelab lagi ke?”
“iya.”
“sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab
abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang, Boleh
ke sayang beli?”
“Berapa harga nya?”
“Cuma $1500.00 aje”
“O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat”
“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di
Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang suka
kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia
setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan
BMW yang kita beli tahun lepas tu “
“ Berapa harga yang dia bagi?”
“Cuma $280,000 …”
“O.k tapi pastikan harga tu dah on the road.”
“Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi…”
“Apa?”
“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang
dan….pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat
tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu . . . sekarang nie untuk
dijual.Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada
taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan
bang. . “
” Berapa harga yang mereka minta?”
” Cuma $740,000… o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . .”
“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi
cuba dapatkan harga $700,000. OK?”
“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I
Love You !!!”
“Bye… I Love you to . . “
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil
mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada
dalam bilik tersebut: “ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?

Posted by: unicorn | Mac 18, 2008

Criter Ada ati nak tambah cawangan…

Ada ati nak tambah cawangan…

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin
lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is
two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular”
dan “plural”

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka
abang MAMPUS tambah “s” je, kan ?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk
berkahwin lagi..

Posted by: unicorn | Mac 18, 2008

Citer best nie..

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku..

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh kedalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab… ‘ya, itulah isteriku…’

Pari Pari pun marah, ‘Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak’.

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, ‘Aku bukan tamak, kalau aku kata ‘tidak’ pada Christina Aguilera… kau akan bawakan pula Britney Spears…kalau aku katakan ‘tidak’ juga, barulah kau bawakan isteriku…bila aku kata ‘ya’, kau akan berikan mereka bertiga padaku…’. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua’.aku ni setia pada yang satu..hu hu…

Posted by: unicorn | Mac 18, 2008

Ketahui dimana diri kita sebenarnya……

Kita sebenarnya.. ….

 

……lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
……lebih tahu apa itu
14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
……lebih membesarkan hari
Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
……lebih khusyuk mendengar
lagu daripada mendengar Azan !
……lebih suka
lepak, tidur, tengok TV…dll daripada Solat dan mengaji !

……lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
……lebih suka menyebut
hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
……lebih suka
menyanyi dangdut, rap, hip-hop…dll daripada berwirid atau bertahmid !
……lebih suka memuji
manusia daripada Tuhan kita sendiri !

……lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
……lebih suka ke
konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
……lebih suka
memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
……lebih suka
mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
……lebih suka
kemungkaran daripada membuat kebaikan !
……lebih
bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
…….lebih cintakan
dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa…

KITA SEBENARNYA.. ….lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???

 

WALLAHHUALLAM……

Posted by: unicorn | Mac 18, 2008

Memang Allah Sengaja…

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang g salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA .

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
lebih faham bahawa
CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL .

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah
keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan
laranganNYA. .

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan
HANYA kepada-NYA.

 




“WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!”

“Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” ( al-Qur’an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Posted by: unicorn | Mac 18, 2008

Ketawa melampau hilang ilmu

BANYAK ketawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati juga tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad s.a.w melarang umatnya daripada gelak-ketawa yang melampaui batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzah yang bakal kita tempuhi kelak.

Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita menuju ke destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana, sama ada berbahagia atau menderita.

Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika, tetapi di akhirat azabnya berterusan dan berkekalan.

Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita mengenai bahaya yang akan ditempuh.

Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur, demikian ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki bagi tempoh panjang.

Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.

Nabi pernah bersabda: Barangsiapa tertawa-tawa nescaya dilaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.

Saidina Ali sentiasa mengeluh: … jauhnya perjalanan.. . sedikitnya bekalan…

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, bermaksud: Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan api neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa berlebihan.

Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda tidak terbahak-bahak, tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Beberapa sahabatnya pernah berkata: Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.

Posted by: unicorn | Mac 18, 2008

Kisah Ibu bapa dan anakya yang berbulan madu

Kisah Mak Minah…..
Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi
iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk
kawinkan anak2 ni serentak.
Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang
untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke
Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.
Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jgn lupa hantar
berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak
payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat
dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.
Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis
‘Standard Chartered’. Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered
dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis
“Besar, teguh dan peramah”.. Bahagialah Si Siti rupanya..
Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan
Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis
“Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir” Bahagialah Si Seri Rupanya…
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC’.
Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis
‘Hingga Menjilat Jari’… Bahagialah Si Murni rupanya…
Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah
risau. Dua Minggu… tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai
surat dari Suri dengan isi kandungannya “AIR ASIA”.
Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau
apa yg jadi kat anak bongsunya.
Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau
menangis… Apa motto iklan itu…??
“7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON-STOP!!”

Posted by: unicorn | Mac 18, 2008

7 ayat cinta (muslim only)

Sabda Rasulullah S.a.w
barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan
oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih
di lautan..

1.bismillahhirrahmann irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataill ahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak
berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.
amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih
oleh Allah.

Anda ada dua pilihan sama ada:

1.biarkan dalam inbox anda tanpa bermanfaat utk org lain..

2.anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah siapa
yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan
beroleh pahala walaupun sudah tiada….

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.