sedikit info tentang Allahyarham Mokhtar Dahari…
Siapakah Mokhtar Dahari? Berikut diperturunkan sedikit maklumat yang dapat dicari oleh pihak editor untuk golongan muda masa kini.
BIODATA :
TARIKH LAHIR: 13 November 1953, di Setapak
ISTERI: Tengku Zarina Tengku Ibrahim
BAPA: Dahari Abeng
EMAK: Maimon Sadikin
ANAK: Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina
KELAB: Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank
MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971
PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972
MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972
TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
KAPS: 167
GOL PIALA MALAYSIA: 177
GOL ANTARABANGSA: 125
JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
PENCAPAIAN:
Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
ANUGERAH:
Olahragawan Kebangsaan 1976
FAKTA: KRONOLOGI MOKHTAR
1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.
1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.
- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.
1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.
1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.
1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.
1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.
1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.
1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B’. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.
1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan Sea dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. – Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa.
1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas tewas kepada Maghribi di final. Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.
1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah’ itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.
1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.
1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.
1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir’. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat’ nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.
1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.
1988: Menyertai Kwong Yik Bank dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.
1989: Disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. – berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.
1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.
1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi.
AL Fatihah. Amin. Moga dicucuri Rahmat OlehNya.










Salam perkenalan buat tuan tanah juga. Saya datang membuat kunjungan balas
Seronok dapat mengenali seorang lagi sahabat baru. Senang-senang, datanglah lagi ke blog saya ye. Saya link blog awak.
By: Puteri Ezza on Julai 27, 2007
at 12:17 am
Al-Fatihah buat allahyarham Mokhtar Dahari. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
By: Puteri Ezza on Julai 27, 2007
at 12:17 am
salam…
tak terkata bila baca ttg allahyarham ni… sehingga hari ini tiada sape yg dpt menggantikannya…
Al-Fatihah buat allahyarham
By: meera on Julai 27, 2007
at 1:51 am
salam buat tuan umah…
ryn wat kunjungan balas
alfatihah baut allahyarham…
By: airynnz on Julai 27, 2007
at 2:31 am
~puetri ezza- terima kasih jgk dtg blog saya.. ok, nti sy link kan jgk blog awk. rajin2 ler singgah ye…..
~meera-betul tu, tak nmpk pun lagi ciri2 pengganti allahyarham…
~airynz-terima ksh…. rajin2 ler singgah ye…..
By: unicorn on Julai 27, 2007
at 8:04 am
FAM ada ura2 nak buat rancangan realiti mencari jejak mokhtar….aku harap menjadi la…dah lama kita ketandusan player yg mcm mokhtar ni..
By: chot on Julai 27, 2007
at 8:16 am
~chot – harap2 jumpa ler… baik buat banyak2 rancangan realiti bolasepak drpd rancangan realiti tv cari bakat artis…. aku sokong….
By: unicorn on Julai 27, 2007
at 5:59 pm
aku sokong tapi tak seberapa. saya suka mokhtar dahari kerana dia pandai bermain bola sepak. saya pun mahu menjadi juara seperti dia
By: achubal on Mac 23, 2008
at 3:08 am
saya hanya 8 tahun dan saya suka bola sepak dan bola keranjang
By: achubal on Mac 23, 2008
at 3:11 am
apalah achubal kau ni tidak ada otak di dalam kepala kamu itu.
By: bbsjif on Mac 23, 2008
at 4:13 am
diamlah tolol.
By: achubal on Mac 23, 2008
at 4:13 am
gila betul jawab saya balik lah
By: achubal on Mac 23, 2008
at 4:14 am
sepak kamu ni babi betul
By: bbsjif on Mac 23, 2008
at 4:17 am
jangan ejek saya walau pun saya gemuk! eh tengok semua orang yang cakap ni semua 2007 tetapi kita sahaja 2008
By: achubal on Mac 23, 2008
at 4:19 am
betullah.
By: bbsjif on Mac 23, 2008
at 4:19 am
cakap dengan saya di msn.
By: achubal on Mac 23, 2008
at 4:20 am
achubal adakah kamu di sini?
By: bbsjif on Mac 23, 2008
at 6:29 am
saya suka unicorn punya cerita
By: bbsjif on Mac 23, 2008
at 6:54 am
jangan kata babi budak tolol!
By: unicorn on Mac 23, 2008
at 7:18 am
kakak saya bodoh
By: achubal on Mac 23, 2008
at 7:25 am
mohd redza atau mohamad redza? umur nya berapa ya?27?atau masih lagi remaja? tertanya2…
By: khaira zain on Mac 19, 2009
at 12:36 pm
amin.. moge dicucuri rahmat.. idup bawean(boyan)…
By: iwan on Ogos 6, 2009
at 7:34 am
hallo
By: pato on September 8, 2009
at 6:57 pm