tahukah anda?

Assalamualaikum
Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah dilemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum. Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.
Di sini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya. ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke.
Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan “rasa” itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi di masa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.
Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.
Sekian
Chef Farid










wah wah wah.. alycia mmg suka makan kek, especially kek blueberry yummy… tapi tak pernah lak terfikir kek tu dicampur wain ke tak… takut lah pasni nak makan…
By: alycia on September 13, 2007
at 12:20 am
alycia~yolah… tak tau ler sumber ni betul ke tidak… aku bukan penggemar kek…selamat..
By: unicorn on September 14, 2007
at 2:55 am
ko pernah kerja hotel ke? hehe
By: chot on September 17, 2007
at 3:07 am
chot~pernah, buat part time ms study dulu.. cerita diats ni bkn dari aku ler bro.. dari chef farid
By: unicorn on September 20, 2007
at 12:40 am