Posted by: unicorn | Julai 28, 2007

KEADAAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

kalau kita semua sentiasa beringat akan azab diakhirat nanti, tak adalah org berbuat dosa…. tapi kita senantiasa lalai.. beringatlah….

Keadaan Manusia Di Padang Mahsyar – Nauzubillah!!

Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur
binasa Allah s.w.t . memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan
angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk
yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya:
“Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah
reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai,
kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh!
Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang
menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!”.

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat
langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati
bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat
bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan
padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala
diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka.
Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah
mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat.

Lantas mereka berkata: “Inilah dia sebagaimana yang telah Allah
janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul.” Seperti yang
telah Allah sebutkan dalam Al-Quran: “Mereka berkata: Aduhai celakanya kami!
Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, Lalu
dikatakan kepada mereka: “Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah
Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh
Rasul-rasul!” (Yassin, Ayat: 52)

Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya.
Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan.
Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka
membuat fitnah kepada orang lain.

2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika
menjalankan hukuman.

3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.

4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang
mereka lakukan.

5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan
sentiasa menikam-nikam lidah sendiri.Ini adalah kumpulan ULAMA yang
bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang
diucapkan.

6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi
bohong.

7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada
ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada
bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan
akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).

8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan
terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari
belanjakan ke jalan Allah.

9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka
bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.

11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka
menyakiti orang-orang sekampungnya.

12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah- mudahkan
sembahyang(lalai dalam sembahyang).

13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan
kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat.
Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.

14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar
dari mulut mereka.Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.

15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat
busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana
takutkan manusia,tidak takut pada Allah.

16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang
ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk
dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas
langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka
itu suka berbuat zina semasa hidup.

19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api
neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak.
Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir
hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka.
Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan
bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama
manusia.


Responses

  1. terus aku teringat ttg mati bila baca entry ni…

  2. hayooo takot… astaghfirullahalazimmmmm

  3. yolah…. sama2 lah kita beringat… dan beramal ye..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: