Posted by: unicorn | September 4, 2007

Jalan-Jalan Di Malam Kebebasan

renung2kanlah…. 
Jalan-Jalan Di Malam Kebebasan…
Wan Nordin dan Intan Abdullah

Sejak sebelum maghrib lagi penulis menggerakkan langkah menelurusi beberapa tempat tumpuan warga kota menikmati malam kebebasan malam merdeka terutama kali ini sambutan yang ke-50.

Yang datang dengan kereta sejak sebelum maghrib sibuk mencari parkir untuk memudahkan kereta diletak, sementara yang datang dengan LRT masing-masing berpusu-pusu untuk membeli tiket di kaunter-kauter LRT.

Menjelang maghrib, suasana di hadapan Dataran Merdeka semakin meriah, lampu-lampu jalan tersergam indah menyinari batang tubuh warga kota yang dahagakan sambutan 50 tahun kemerdekaan negara.

Pemuda PAS edar risalah ingatkan mereka yang alpa

Di satu sudut di Jalan Masjid India, kira-kira 20 orang pemuda siap berkopiah dan berbaju Melayu masing-masing memegang naskah risalah di tangan.

Kelibat Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembela Islam Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor kelihatan.Nah cukup segak beliau mengenakan pakaiannya.

Penulis menghampiri beliau untuk menyapanya. Dengan nada mesra, Ustaz Riduan membalas dan bertanya khabar.Satu sahaja matlamat anak muda yang dipimpin Ustaz Riduan berkumpul depan Masjid India ialah untuk membawa misi ‘ekspedisi dakwah Pemuda PAS’ sempena sambutan Malam Kemerdekaan ke-50.

Risalah bewarna hijau antara lain mengandungi nasihat dan pedoman Islam dan kemerdekaan selain pandangan Islam tentang penghayatan kemerdekaan.

Anak-anak muda pimpinan Ustaz Riduan siapsiaga untuk menjalankan misi dakwah mereka tatkala anak muda yang lain sibuk memgang bahu teman wanita masing-masing (mungkin inilah erti merdeka bagi golongan ini).

Ustaz Riduan yang sempat bercakap lanjut dengan penulis antara lain menyatakan pada malam ini mereka mahu menjalankan misi dakwah dan pencegahan maksiat di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur.

Antaranya, Taman Tasik Titiwangsa, Dataran Merdeka, Bangsar, Jalan Sultan Ismail dan KLCC.

Azam yang ditanamkan kumpulan Pemuda PAS ini cukup membuatkan denyut jantung penulis semakin tegap bergerak kerana kagum dengan kesungguhan mereka membelah kesengsaraan malam kebebasan ini untuk mengajak rakyat kembali kepada penghayatan nilai kemerdekaan menurut Islam.

Satu persatu orang yang lalu lalang di depan mereka di LRT Masjid Jamek disapa dan diberi risalah.Ada yang tersenyum menerima tak kurang juga ada yang sinis.

Lebih teruk lagi ada juga yang menunjukkan aksi marah bila risalah diserahkan. Beberapa orang ahli MIC yang lalu di kawasan itu hanya memerhati dengan mata terbeliak tindak tanduk Pemuda PAS mengedar risalah kepada orang ramai.

Jam menunjukkan 7.15 minit malam, Ustaz Riduan mengarahkan anak buahnya untuk berhenti sementara bagi menunaikan solat berjemaah di masjid.

Nah indahnya Islam itu, mereka yang menghayatinya pasti dapat merasakan setiap yang dilakukan itu Allah juga yang membalasnya, dengan tidak lupakan perkara wajib, umat Islam juga dituntut untuk mencegah kemungkaran menyeru kepada kebenaran.

Inilah yang dilakukan oleh kumpulan anak muda PAS ini.

Azan bergema, mereka bersenda

Tepat jam 7.18 minit malam, azan Maghrib bergema dari corong pembesar suara Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Masjid India, namun Warga kota yang lain sibuk mundar mandir ke jalan-jalan raya sekitar Dataran Merdeka untuk menyaksikan ‘count down’ di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Kelibat Puteri Umno menjelma, aksi garang dipamerkan kepada sang putera semata-mata untuk bersenda. Azan semakin lantang berbunyi, tepuk menepuk menjadi penghias dan pembuka kata anak muda berbaju putih berkain merah jambu dengan teman-teman pemudanya.

Malangnya tak siapa menjangka ramai di kalangan mereka mungkin sekali terlupa seruan Allah memanggil mereka ketika azan bergema.

Yang berpakaian kemas, seksi, seksa dan pakaian melambangkan berjiwa merdeka menghiasi sepanjang jalan menuju ke Dataran Merdeka. Penulis sempat bertegur sapa dengan beberapa orang yang katanya datang untuk menyambut malam 31 Ogos.

Rata-rata yang ditemui penulis selepas solat Mahgrib memaksudkan merdeka itu ‘bebas’ boleh buat apa sahaja dan boleh lakukan apa sahaja termasuk “bebas maksima” pada malam 31 Ogos.

“Alah bang malam ini polis tak kacau punya, kami boleh buat apa sahaja,” kata seorang pemuda berambut ala ‘mohican’.

Secara keseluruhannya jawapan yang diterima dari kalangan mereka yang berpusu-pusu ke Dataran Merdeka bagi menyambut malam 31 Ogos ini satu, “sambutan ini setahun sekali, tapi kali ini lebih meriah sebab 50 tahun merdeka, jadi apa salahnya sambut dengan cara begini’.

Inilah gadis pilihan masa kini

Di satu tempat yang lain iaitu di Bukit Bintang sejurus selepas Isyak suasana semakin hangat dengan kelibat seksi gadis Melayu beraksi di sekitar Bintang Walk.

Tidak kurang dari kalangan Cina dan India, tetapi bilangannya tidak sebanyak gadis Melayu. Nah hebatnya gadis Melayu macam dalam lagu J Mizan, Gadis Melayu.

Namun anak gadis Melayu ini ada yang gayanya seperti ‘seekor kucing laparkan ikan’ tidak kurang yang ‘malu-malu tapi mahu’.

Sementara kumpulan anak-anak muda lelaki pula berpakaian ala barat, rambut bewarna kuning, hijau dan perang memulakan aksi-aksi mereka, ada yang membawa tin minuman terlarang.

Malam bebaslah katakan, yang terlarang pun boleh jadi tidak terlarang, inilah yang mungkin sekali dimaksudkan golongan ini.

Dari gaya bercakapnya penulis percaya mereka ini dari keturunan anak Melayu dan bukannya ‘mat salleh’namun pakaiannya sedikit pun tidak menunjukkan mereka ini Melayu, apatah lagi ‘Melayu Islam Hadhari’.

Tegur menegur, mesra hingga terbawa

Di suatu sudut di Bintang Walk, ada beberapa remaja Perempuan yang dalam lingkungan belasan tahun (mungkin sekali masih bersekolah) seronok berbual manja dengan beberapa jantan mungkin sekali mat rempit kerana kelihatan mereka memegang topi keledar bersama.

Tegur menegur, sapa menyapa yang akhirnya menjadi titik pertemuan dua mata untuk bersetuju bonceng membonceng antara satu sama lain bagi merayakan malam kebebasan.

Sedar atau tidak mungkin sekali maruah empunya diri mungkin terbebas malam ini setelah mat rempit jadi penghibur hati merayakan malam penuh kebebasan.

Nah, gamatnya Kuala Lumpur tak terhingga sejak jam 5.30 petang lagi LRT, Bas dan jalan raya dipenuhi anak Malaysia dan pendatang yang mahu meraikan malam 31 Ogos.

Suasana makin gawat.Denyut nafas remaja muda makin pantas, tangan-tangan si jantan mula merayau mencari sasaran nafsu mereka meskipun dalam bersesak berkumpul melaungkan ‘Merdeka’.

Sementara yang di gadis teruja walaupun merah padam mata menahan seronok dipegang sedemikian rupa oleh teman-teman lekakinya.

Apa nak dihiraukan, malam merdekalah katakan.Kali ini sambutannya cukup meriah kerana 50 tahun usia negara.

Beberapa minit lagi sahaja jam akan menunjukkan 12.00 malam, keghairahan anak-anak muda terpancar dari raut wajah mereka untuk sama-sama bebaskan malam 31 Ogos dengan sebebas-bebasnya.

Mari mengira

Detik yang dinanti tiba!Ramai yang menjerit suka, yang mengira ‘count down’ seperti anak sekolah mengira, dari yang besarhingga nombor kecil semuanya di kira untuk menyatakan saat-saat terakhir menjelang usia 50 tahun.

Kiraan bermula hingga ke 59 saat semuanya diperhatikan dengan penuh minat.Yang memegang erat ‘makwe’ hingga sesak nafas dibuatnya.Yang sendiri leka memerhatikan gelagat yang lain.

Jauh di sudut hati penulis, kesal anak muda jadi sebegini kerana semata-mata mahu merayakan malam kemerdekaan.

Berjalan pula penulis ke taman Tasik Titiwangsa, nah di sana banyak lagi cereka yang terhidang sempena malam 31 Ogos ini.

Wah yang berpelukan bagai suami isteri tak terkira, yang berkucupan hingga lupa dunia, yang bercumbuan tak nampak yang melintas di mata dan yang asyik bermadu asmara lena dibuai malam durjana.

Bila disapa mereka hanya tersipu, tak kurang yang menjerkah penulis katanya bukan urusan penulis jika mereka sekali pun mahu ke neraka.

Dan bukan hak penulis untuk tentukan Syurga. Namun sekadar ingat mengingati semasa manusia.Penulis meneruskan langkah ke beberapa lokasi lain dan jam menunjukkan 3.00 pagi.

Aksi berbasikal, rempit dan ‘seluar kecil’

Sekumpulan anak remaja (mungkin lingkungan 12 hingga 14 tahun) mengayun basikal dengan aksi-aksi berani di selang seli laungan merdeka. Kayuhan mereka tak serupa Rosman Alwi atau M.Kumaresan, tetapi aksinya tak tercabar dek ‘jagoan’ basikal negara.

Sambil membuat aksi, mereka tak tersangka bahaya yang datang mungkin dari arah belakang mereka. Seorang tertiarap kerana bertembung sesama sendiri dari arah belakang tatkala yang seorang lagi terlebih ‘willie’ basikal mereka. Aksi ala mat rempit bermula.

Beberap minit kemudian, kelihatan kelibat anak-anak muda dengan motor ‘kapcai’ nya beraksi sambil yang memboncengnya ghairah hingga tidak tersedar ‘seluar kecil’ mereka di perhati mat-mat kereta.

Hangatnya malam merdeka.Mata penulis semakin tidak mampu untuk dibuka.Jam hampir 4.00 pagi dan penulis mahu beredar dari memerhati malam durjana. Pulang ke pejabat untuk menyelesaikan tugasan menulis merencana segala yang terlihat di pandangan mata.

Teringat juga di minda apa khabarnya rakan penulis yang turut membuat liputan pada malam itu. Mana tidaknya beliau si anak dara yang ditemani rakannya juga yang belum berpunya. Menaiki motorsikal semata bertujuan melapor yang benar belaka. Intan dan rakannya mungkin sudah pulang ke rumahnya, dan harap mereka selamat hendaknya itu sahaja.

Pening kepala tak terhingga memikirkan betapa hebatnya malam merdeka yang dirayakan dengan perayaan ala Umno/Barisan Nasional malam tadi. Ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pula lansung tidak membakar semangat, dengan beberapa kali laungan merdeka yang cuba dilaungkan dengan suara yang serak tidak memukau penonton yang hadir.

Malam ini penulis akan ke Stadium Merdeka, di sana ada rapat umum raksasa di taja Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (Kekkwa) dan di sana juga pesta seperti malam tadi bakal bersambung semula.


Responses

  1. waa, insaf gak baca entry nih,huhu..mmg betul..tulah hakikatnya pemuda pemudi zaman sekarang..merdeka dan tahun baru seperti pesta bagi mereka sampai lupa segalanya..tapi alhamdulillah masih ada insan yg mahu ingatkan kealpaan mereka..tahniah!!

  2. acai~yup, harap2 masih ramai org yg mcm tu…

  3. meg la kalo kte bce menginsafkan…pnulis tu pas ek…sbnr nye die tulis ni bkn je bertujuan untuk menginsafkan tp die juge sbnrnye nk berkempen!!!!!!!!act, td kte ‘dirayakan dengan perayaan ala Umno/Barisan Nasional malam tadi’..memg ade ke kt banner tulis cmtu????org umno sdiri pn x tau ade umno wat perayaan cm tu ek…..akhir kte dlm kelompok2 bdk mde tu de gak ank PAS!!!!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: