Posted by: unicorn | September 27, 2007

10 jenis seksaan yang menimpa wanita

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada
Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj,
membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.


(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka
adalah
perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada
dilihat lelaki lain.

(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan
(3) tangannya dikeluarkan daripada
(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.
Mereka adalah
perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

(5) perempuan digantung buah dadanya
dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam
kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai
ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah
perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu
mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka
sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan
tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

(7) perempuan yang makan daging tubuhnya
sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah
perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka
menceritakan aib orang lain.

(8) perempuan yang memotong badannya sendiri
dengan gunting dari neraka. Mereka adalah
perempuan yang suka
memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

(9) perempuan yang kepalanya
seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah
perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam
mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah
perempuan yang
suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.


Responses

  1. renungan bwt kt pr wanita.betapa Allah telah mengtur smua agr kt slmt dunia dan akhirat.Tp kt mlh menganggp tu smua adlh kkngan dan ptt dijauhi.naudzubillah…smg kt sdr..

  2. mintak2lah aku dijauhi dengan p’kara2 e2 semua.
    amin.

  3. thanks ..saves*

  4. Ya Allah,btp brt siksa-Mu.aq t’kan sangp mnjlniny….,tp ap dri ini pnts tuk tak Kau siksa?Bntu aq ya Robbi,spy aq bkn t’msuk gol wnta2 yg mndpt siksa.Aamiin.

  5. Ya Allah betapa ngerinya siksaan-Mu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: