Posted by: unicorn | November 21, 2007

MENTERA MELAYU BARU

bacalah puisi a.k.a. mentera ni, semua kena kat org melayu kan.. ada benarnya jgk kan.. tapi kalau kita kira majoriti rakyat kat bumi Malaysia ni, mmg ler bangsa melayu paling ramai…. jadi dlm apa2 hal sekalipun mestilah org melayu yg paling ramai terlibat.. cuba kita pergi kat negara org lain pulak, ramai ker bangsa melayu yg terlibat??? fikir2kan..

Mentera untuk Melayu Baru (Malaysia Boleh)

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
Tapi apakah yang kita tahu, cuma baca nak halau hantu


Responses

  1. Sastera manarik……..
    x pernah saya dngar sebelum ini……..
    mantera sesuai ngan org melayu…….
    tp sesetengah di antara mereka mempunyai masalah berikut…..
    terutama para remaja sekarang…….
    rawatan mereka sudah ada………
    cuma perlu mengamalkannya secara Istiqamah……

  2. fadhilalfarouq~ slmt datang yer.. betul, aku sokong sgt…

  3. bagus sgt MANTERA ni…..sesuai sgt tuk deme2 yg ade sifat cm tu….kalo de lg plz show to us…..

  4. mantera semerah padi ke

  5. mentera guru sedang betapa kod


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: