Posted by: unicorn | Mac 18, 2008

Diet Cara Rasulullah

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua……

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2.. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik… tapi, kalau tak percaya… kawan2 cubalaa………………………………
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie…. Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah…

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam…

Sama2lah kita mengamalkannya…….

WallahuA’lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya.

Advertisements
Posted by: unicorn | Januari 3, 2008

Aku kembali!!

Setelah berehat panjang, memasuki alam baru berumahtangga, dengan ketiadaan konektivitas jalur lebar dirumah baruku… blogku dibiarkan bersawang buat kesekian kalinye..

Masih belum terlewat utk aku ucapkan selamat tahun baru buat kawan2ku, pengunjung2 ceriteraku blog.. moga tahun ini kita semua beroleh kejayaan dan keberkatan dariNya..

Atas permintaan rakan2, aku lampirkan gambar sekitar majlis perkahwinan aku tempohari… doakan sekali utk keharmonian rumahtanggaku..

Posted by: unicorn | November 29, 2007

New life begin…

kawan2… doakan semoga ia berjalan seperti apa yg dirancang… kesejahteraan, keselamatan, kekuatan, keamanan, kemakmuran, kebahagiaan…

Amin…

ekad

Posted by: unicorn | November 26, 2007

Submisi Nov @ persetankan.com

aaa.. dah lama aku tak submit gambar kat persetankan ni.. kali ni aku hantar tahap maksimun terus.. lagipun tajuk utk bulan senang.. “SENYUM”.. byk ler gambar org senyum kan.. dah bergambar mesti nk senyum kan… gambar2 yg aku submit kali ni sekitar pada majlis pertunangan aku tempohari…

Posted by: unicorn | November 23, 2007

Bila langit mula mendung…

hujan

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita, “Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye..” Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

– Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
– Alahai, hujan laaagiiii
– Tiap-tiap hari hujan…susah la mcm ni
– Payah nak buat apa2 kalau
hujan
– Tak boleh balik lagi, hujan!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa : “Allahumma syaiyiban nafi’a” (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (Al-A’raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu “bad mood” bila hujan?

“Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?” Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah” (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : “Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.” (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.” (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)

Posted by: unicorn | November 21, 2007

Amalan sebelum tidur

Berpesan2 lah di antara kita….

tido

SEBELUM TIDUR

(Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum
melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur’an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah….

“Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan
empat perkara seketika?

“Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.
2 . Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3 . Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil ,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”

Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Posted by: unicorn | November 21, 2007

RENUNGKAN BERSAMA SIAPA SUAMI KITA DI AKHIRAT NANTI….

MARI KITA RENUNGKAN BERSAMA SIAPA SUAMI KITA DI AKHIRAT NANTI….

MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh
Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ” Tiada si bujang di dalam syurga” (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
Sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada
ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan
suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan
seorang daripada lelAki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya
suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang
terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin.
Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. “wanita adalah
kepunyaan suaminya yang terakhir”.

“wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup

keNerakamu….kami lah hamba yang mengharap belas darimu ….”ya allah

jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua

ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang

telah meninggal dunia”

Posted by: unicorn | November 21, 2007

Cerita misteri bola hitam..

bola hitam

Rahsia Bola Hitam Putih

Ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas
melahirkan dia. Sejak itu bapanya jadi amat workaholic dan tak
kawin2 lagi. Tapi si anak (panggilan manja didi) ini sangat baik hati
dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh aje.

Lepas Tadika, sementara rakan2 lain dah ada basikal, didi masih berjalan
kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. “Tuan, nggak kasian sama didi? Dia
nggak punya sepeda…apa tuan juga nggak malu?”

Kemudian…… dipanggillah anaknya itu untuk ditawarkan basikal yang
macam mana anaknya mahu.

“Tak payah susah2 la papa, belikan didi bola kaler hitam putih …”

Hek eleh takkan tu jer kot? Bingung si papa. “Kenapa didi mintak bola
hitam putih jer, ni papa nak ofer basikal baru nih?”

“Tak pe lah papa kalau papa nak beli jugak, belikan itu bola tu je.”

Mengingat si anak tak pernah meminta2, so papanya terima aje. Maka
dibelikanlah jugak anaknya itu basikal model terbaru dan yang paling
canggih, beserta dengan bola hitam putih.

Tak lama kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Pada ketika itu musim kasut
roda tengah hot. Sekian lama si pengasuh perhatikan, ini anak tak pernah
meminta2 dibelikan kasut roda dari papanya. Setiap petang cuma duduk2
aje. Basikalnya juga masih disimpan di stor.

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya kepada si papa.

Hingga si anak dipanggil lagi. “Didi, kamu tak mau papa belikan kasut
roda
macam rakan2 kamu tu ke? Apasal tak bagitau kat Papa?. Cakap je nak beli
kasut roda yang macam mana… nanti papa belikan…”.

Si anak menjawab, “Tak perlulah papa, bola hitam putih didi dah
rosak….
belikan lagi je bola ganti….tak payahla beli kasut roda.
Lagipun lebih murah bola dari kasut roda, tak gitu papa?”

Si papa geram . So, tetap si papa belikan kasut roda, plus bola hitam
putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama terulang.
Pada ketika itu musim rollerblade tengah top. Trend baru….

Setiap petang ,didi masih lagi bermain dengan kasut rodanya. Lepas
papanya
pulang dari luar negara dan melihatkan anaknya yang pakai kasut roda
buruk, si papa menjadi sangat malu. Gila, rumah baglo, syarikat banyak,
keluar
negara tiap minggu……Tapi anaknya ketinggalan zaman. Besoknya, di
bilik
anaknya sudah ada sepasang roller blade baru dengan note: “Utk didi, so
nanti didi tak rasa malu lagi main kasut roda”.

Malamnya di meja kerja papanya ada sekeping nota dari didi untuk papanya
: “Papa, Kenapa tak belikan bola hitam putih? Didi lebih suka itu.”

“Arghh, keluh si bapa selepas membaca nota itu kebingungan. Apalah
istimewanya bola hitam putih tu..?

Berkali2 si bapa ditinggalkan note yang sama, meminta dibelikan bolah
hitam putih… sehingga dia tak tahan lagi dan terus membelikan anaknya
bola hitam putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah dapat itu bola, si anak tak lagi mendesak papanya.

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas, rakan2nya yang lain sudah ada yang bawa motor and kereta ke
sekolah.

Suatu hari, ketika bapanya di rumah, si anak pulang dihantar oleh
rakannya
yang dengan menaiki motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa
menjadi sangat malu.

Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan Motor. Maka
ditawarkan pada anaknya. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan
motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam putih
aja. Si bapa
tak terima penolakan itu. Kerana anaknya dah besar panjang, boleh
berunding.
Hingga dia mengambil keputusan untuk belikan motor beserta dengan bola
hitam
putih tentunya.

Tetapi si bapak masih kesal. Sudah berapa tahun, dia beberapa kali
belikan
dua macam bola itu tanpa mengetahui apa sebabnya. Tapi si anak tak ada
keinginan dan kemahuan untuk memberitahu kenapa.

Hingga tibalah masa untuk melanjutkan pelajaran ke University. Kerana
bangga anaknya dapat masuk University, si anak dihadiahkan kereta
Ferrari.

Tetapi, sampai beberapa bulan si anak masih lagi naik motoooor aje.

Sehinggalah aweknya juga bingung, ada ferrari? kenapa naik motor?
Bila ditanya, Didi menjawab, alaaa, papa tak belikan bola hitam putih.
Takan papa tak faham perasaan anak papa sendiri!

So, selepas makan malam bersama, si awek memberitahu kepada bapa teman
lelakinya itu kenapa dia masih lagi manaiki motor dan tidak ferrari.

“kenapa pak cik tak belikan bola hitam putih seperti yang Didi mahukan.
Kerana bola tulaa didi merajuk?

Si papa sebenarnya sensitif dengan isu bola2 ni…..huh..sampai awek
anak aku pun tanya pasal bola.

Kemudian si bapa menanyakan si awek kenapa soalan tu yang di tanya?. Si
awek pun bagitau, Didi tak akan pakai Ferrarinya itu selagi papanya
tidak belikan dia bola hitam putih itu.

Si bapa menjadi bingung, di bilik anaknya sudah segitu banyak bola itam
bola putih. Nak buat apa, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di
hadapan awek anakmya itu, maka keesokan harinya dibelikan bola hitam
putih untuk anaknya.

Suatu hari anaknya pergi berjalan-jalan dengan aweknya ke gunung menaiki
ferrari. Maklumlah, anak muda katakan, ketika memandu si anak dicium
aweknya and dia terus jadi mengelabah dan terus accident!!!

Kedua-duanya terus di bawa ke hospital si bapa juga ditelipon oleh pihak
hospital. Kecederaan yang dialami oleh mereka berdua amat parah. Si awek
tidak dapat di selamtkan dan meninggal dalam perjalanan ke hospital
manakala si anak sudah tenat.

Si bapa datang ke Hospital..”macammana tuan doktor, anak saya?”

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) : “Maaf Encik, tidak banyak
yang dapat kami lakukan, kecederaannya terlalu parah….. sepertinya
memang sudah waktunya… sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu terakhir..”

Perlahan-lahan si bapa masuk ke bilik ICU, dan mendekati anaknya.

“Papa, maafkan saya..tak hati2 semasa memandu.. ” si anak kelihatan
menangis
dengan kematian aweknya. Si papa menenangkan dia…akrablah dua
manusia itu beberapa saat. Hingga si bapa merasakan yang ini adalah
saat2 terakhir mereka bersama, dia teringatkan kembali keinginannya
untuk mengetahui tentang kenapa si anak selama ini selalu meminta bola
hitam putih.

“Didi, maafkan papa selama ini yang selalu sibuk dan tidak dapat
menemani didi…. Papa faham didi amat kesepian…..maafkan papa, nak.
Papa tak sempat jadi orang tua yang baik.”

Anaknya menjawab, “tak mengapalah papa, Didi faham.. Cuma kecewa sedikit
kalau papa belikan yang macam2 untuk didi…. tapi yang didi inginkan
cuma bola hitam putih aje….”

Tanpa berlengah lagi si papa terus bertanya, “KENAPA DIDI SELALU MINTA
BOLA HITAM PUTIH DARI PAPA… APA ISTIMEWANYA DENGAN BOLA2 ITU?”

(pembaca juga ingin tahu ya..?)

Dalam keadaan yang amat susah dan suara yang tersekat-sekat, si anak
mencuba untuk menjawab pertanyaan si bapa seolah-olah masanya sudah
hampir sampai…

“sebabnya ….Didi…didi….didiiii .”

*Tetiba* Kepalanya rebah ke pangkuan si bapa dan menghembuskan nafasnya
yang terakhir. Si anak meninggal sebelum sempat menjawap soalah bapanya.

Si bapa yang selalu hidup bersama-sama anaknya sehingga akhirnya pun tak
mengetahui apakah jawapannya… apalagi aku yang cuma bercerita,
lagila… tak tahu jawapannya. SO CAMNE NI? Frust gilerrr? Isk! Isk!
Isk!…….. ..Rasa nak belasah je…orang yang mula-mula forward kat
aku.

P/S : Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah…Takkan nak jadi
korban sorang-sorang je kan …

Posted by: unicorn | November 21, 2007

Beriani Unta….

ada berani…?

biryani

Posted by: unicorn | November 21, 2007

MENTERA MELAYU BARU

bacalah puisi a.k.a. mentera ni, semua kena kat org melayu kan.. ada benarnya jgk kan.. tapi kalau kita kira majoriti rakyat kat bumi Malaysia ni, mmg ler bangsa melayu paling ramai…. jadi dlm apa2 hal sekalipun mestilah org melayu yg paling ramai terlibat.. cuba kita pergi kat negara org lain pulak, ramai ker bangsa melayu yg terlibat??? fikir2kan..

Mentera untuk Melayu Baru (Malaysia Boleh)

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
Tapi apakah yang kita tahu, cuma baca nak halau hantu

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori